Sunday 16 June 2013

Botol 100 Plus dan Botol Wilson


Kawasan  laluan teman pergi mancing selalu nampak kelibat botol 100 plus dan botol Wilson.. sebelum nie teman wat nohen jer..Kali nie  teman nekad nak kutip botol-botol tersebut…  bukan senang nak dapat. Bayangkan lah teman terpaksa mengorek tanah kerana kebanyakkan botol sudah tertimbus sedalam setengah kaki…Tapi hasilnya berbaloi  dan  teman dapat menjual kepada peminat-peminatnya untuk melengkapkan koleksi yang sediaada... Botol Wilson ini memang rare.. Penutupnya diperbuat daripada aluminium berbanding dengan botol 100 plus.. keseronakannyer ibarat terjumpa harta karun di dalam perut bumi woo..

Sangat gila mengumpul botol-botol minuman dolu2…penyakit nie..hehe


15 biji dapat dijumpai
Jenuh korek





Tuesday 4 June 2013

Bunga Kemboja Kubur

Bunga Kemboja

Bunga kemboja ( frangipani atau plumeria atau cempaka cina) selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Cempaka Kubur.  Pada masa dulu pokok bunga kemboja  ditanam di tanah perkuburan mungkin kerana bau yang harum…tetapi kini pokok bunga kemboja ditanam di sekeliling rumah serta sepanjang jalan-jalan kampung sebagai landskap. bunganya  yang cantik dan berbagai warna menjadi  ia sebagai daya tarikan yang menarik bagi peminat-peminat bunga.

Pokoknya  yang  tahan  lasak serta bercabang dan mampu hidup dengan lama sehingga ratusan tahun.  Pokok ini mampu tumbuh sehingga ketinggian 7-8 meter jika ia tidak dicantas.  Pelbagai jenis warna bunga putih, kuning, merah, pink dan kombinasi antranya menjadi pokok kemboja ini  sangat menarik.

Jenis-jenis Pokok Kemboja


Pink kaler

Merah Hati


Kuning
Oren

Putih

Cara Pembiakan
Cara pembiakannya juga mudah iaitu secara generatif  dan vegetatif…

Secara Generatif ialah pembiakan melalui biji benih. Pada suatu masa Pokok kemboja akan menghasilkan buah. Buah tersebut adalah biji benih bagi pokok kemboja. Ia boleh disemai dengan mudah. Selain itu, pembiakannya juga boleh dilakukan melalui keratan  batang.

Secara Vegetatif bagi pokok kemboja adalah melalui proses mengetut.
Disini teman nak kongsi sikit cara mengetut pokok kemboja dengan betul….

Proses Mengetut
Kaedah ini memiliki kelebihannya diantaranya tanaman memiliki sifat-sifat terbaik induknya dan tanaman lebih cepat menghasilkan produk.

Peralatan



Span tut harga dalam 50sen satu

Gunting,Pisau dan playar

Plastik dan tali

Cara mengetut




Rendam span tut dengan ayor selama 10 minit
  • Memilih ranting


Ranting yang ditut haruslah sihat dan juga tidak dijangkit kulat ataupun serangga. Pastikan ranting yang ditut usia dewasa dengan mempunyai tanda tidak hijau dan kelabu.

  •     Mengupas Kulit kayu


Hirisan kayu dibuat secara melingkar. Ketika menghiris kulit kayu, pastikan tidak akan melukai bahagian jaringan kayunya.  Jarak 3-5 cm diantara kedua-dua hirisan. Kulit kayu dikupas dengan berhati-hati.  Pengupasan kulit dilakukan untuk memutuskan aliran zat makanan dari daun sehingga zat makanan akan memupuk dibahagian hirisan atas dan merangsangkan pertumbuhan akar.


Hiris kulit kayu

Kupas kulit dengan playar
  •  Menggores kambium


Setelah dibuat hirisan akan Nampak jaringan kayu dengan lapisan kambium di bahagian luarnya dan ia perlu digores kalau tidak proses mengetut tidak akan berjaya.  Ia dilakukan dengan pisau yang bersih dan tidak mencederakan jaringan kayu. Selepas itu biarkan ranting selama 2-3 hari sebelum dibungkus.


Gores kambium sehingga tinggalkan batang dibahagian dalam sahaja

  • Membungkus Bahan tut

Setelah 2-3 hari kulit kayu dikupas dan kambium digores, ranting tut dibungkuskan dengan tanah campuran. Ketika ini hormon atau penggalak akar ZPT  boleh digunakan. (tidak wajib). Teman sendiri pun tak pernah guna…hehe

Lekapkan span tut pada ranting tersebut


Balutkan dengan plastik


  • Mengikat tut


Plastik diikat dibahagian atas dan bawah dengan tali .



Ikat bungkusan plastik tadi dengan kemas





Disini sahaja yang dapat teman kongsi bersama....harga dipasaran bagi pokok kemboja memang tinggi, ini adalah kerana proses pembiakan yang rumit bergantung jenis dan warna bunga....selamat mencuba kome...












Monday 3 June 2013

LENCANA LAMA S.R.K SATU TAPAH

LENCANA LAMA S.R.K  SATU TAPAH
Lencana ini adalah lencana lama Sekolah Rendah Kebangsaan Satu Tapah, Perak dengan bermotokan Berusaha dan Berbakti





LENCANA LAMA N.T.P.S (ENGLISH) TAPAH
Lencana N.T. P.S dengan bermotokan Seek, Strive and Serve







LENCANA LAMA MSS. PERAK DAERAH SELATAN 1971

Lencana ini adalah sempena kejohanan olahraga antara daerah pada tahun 1971. Majlis sukan sekolah-sekolah Perak (MSSP) daerah selatan






Hanya kerana Sekupang tahun 1971

Apalah yang istimewa sangat  dengan sekupang  tahun 1971 ni? sebelum 1971, wang syiling diproses dan ditempa di kilang luar negara yang terletak di Jerman Barat serta dibuat dalam bilangan yang banyak kerana digunakan untuk Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pada tahun syiling tersebut dibuat, Singapura telah berpisah dengan Malaysia dan buat pertama kali negara ini mula menempa wang syiling sendiri.

“Tahun itu juga telah berlaku bencana banjir besar di Kuala Lumpur sehingga mesin penempa wang syiling itu ditenggelami air dan rosak. Jadi, pada tahun itu, hanya lebih kurang 32,000 keping wang syiling yang sempat dibuat,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Angka 32,000 itu boleh dianggap terlalu sedikit berbanding tahun-tahun lain dengan pengeluaran wang syiling mencecah beratus-ratus juta keping bagi setiap jenis syiling.

Disebabkan perkara tersebut, syiling 10 sen itu menjadi begitu bernilai sehingga angkanya mencecah ratusan ringgit.


Ayat-ayat dekat atas teman  petik dari artikel di Kosmo Online.  Jenuh teman korek tabung kot2 terjumpa…tapi haram jumpa….last dapat pegang dekat pasar karat Teluk Intan…deme jual harga RM 250. Tak termampu rasanya nk beli…hanya tinggal sekupang 1971 jer yang x lengakap dalam koleksi duit siling teman….hrummmm...pape pun yes sekupang tetap sempoi...


menjadi RM 250..

Saturday 1 June 2013

Tin Toys

Kali teman nak share sikit dengan hobi yang baru muncul…..semuanya nak prabih duit…tapi udoh minat balun jer laaa… Hobi baru teman adalah mengumpul tin toys vintage… kebanyakkan koleksi teman datangnya dari China berbanding dari Jepun…Jepun punya mahal chor…tak terdaya teman… disini ada sedikit info berkaitan dengan tin toys…



Lithographed (mesin penekap) timah dalam pembuatan permainan diperkenalkan pada tahun 1880-dimana pelbagai warna dan detail yang dicetak pada lembaran datar dari logam dengan menekan litograf, pelbagai potongan-potongan itu kemudian dibentuk tetap. Logam untuk membuat mainan timah diperbuat daripada biji bijih yang digiling menjadi kepingan nipis atau berbentuk piring nipis. mainan pertama yang dihasilkan adalah pinggan tin yang dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 1895.

Pada abad ke-20, Jerman merupakan pengeluar utama mainan timah di dunia. mainan timah keluaran Jerman dibuat dengan baik. Mereka mendominasi pasaran hingga tercetusnya Perang Dunia II. Selepas perang industri mainan mengalami kesan yang teruk banyak kilang2 rosak akibat perang. Namun industri mainan berkembang semula dengan negara Jepun mendahului pengeluaran mainan timah dan mengawal pasaran dengan penambahan teknologi baru. jepun Tidak hanya mengunakan sistem dorongan angin dan gesekan malah beberapa mainan timah Jepun disokong oleh bateri dan mampu mengeluarkan cahaya lampu dan bunyi. Pada 50 dan 60-an, Jepun telah membanjiri pasaran dengan banyak mainan timah yang lebih menarik dirancang dan sebahagian besar daripadanya dihantar ke Amerika Syarikat dengan mainan yang sesuai dengan citarasa orang Amerika. meskipun kebangkitan awal populariti mainan timah di era pasca-perang, pengilang mainan timah telah berhadapan dengan kesulitan demi kesulitan, termasuk perubahan tuntutan pelanggan, peraturan-peraturan keselamatan yang baru dan persaingan daripada pembuat mainan plastik. Pada tahun 70-an, Jepun telah mengurangkan pengeluaran mainan timah dan tindakan itu begitu drastik sehingga banyak kilang telah memberhentikan pengeluaran serta menutup kilang mereka.
China pula mula menghasilkan mainan timah dalam tahun 20-an. namun alat permainan timah dari cina tidak mempunyai kualiti. apabila industri mainan timah Jepun mengalami kemunduran, China telah mengambil alih sebagai pembuat mainan timah yang terkemuka di dunia. antara faktor mainan timah cina menjadi terkenan ada lah kerana harganya yang murah. selepas itu mereka telah mencuba untuk menaikan kualiti mainan timah keluran mereka, namun tetap tidak dapat menyaingin kualiti mainan timah keluaran jepun.


Bagi teman tak kira la kome kumpul koleksi china mahupun jepun janji ia memberi kepuasan dan membangkit noltasgia itu yang penting….setiap rekaan sangat menarik dan unit…  china adalah penegeluar tin toy sehinga sekarang. tentu lah tin toy jepun mempunyai nilai tersendiri kerana pengeluaranya dihentikan dan boleh di jadikan koleksi. jadi beza antara keluaran jepun dan cina adalah tin toy dari jepun mempunyai cop pengeluarnya yang salah satunya adalah syarikat K.K.S japan. 



Antara koleksi yang teman ada.....



1980