Tuesday 15 January 2013

TEMPAT MENARIK DI PERLIS YANG PATUT KOME LAWAT


1)            Muzium Kota Kayang Perlis

Terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik. Bayaran masuk adalah PERCUMA. Pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan sejarah yang dapat teman perolehi di sini.  Kawasan muzium yang terletak di belakang bukit ini sangat menarik dan mempunyai panorama hutan yang memberi ketenangan kepada para pengunjung..rugi kalau kome tak datang disini..

Berlatarkan bukit di belakang

Makam Ar-Marhum Kayang Pertama
Makam Marhum Kayang Pertama
Al-Marhum Kayang atau Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah ( 1661-1687) Sultan Kedah ke 15 yang membangun Kota Indera Kayangan sebagai pesat pemerintahan Negeri Kedah.  BagindaMenggantikan Sultan Muhyiddin Syah atau Al-marhum Sena (1653-1661) yang bersemayam di Kota Sena berhampiran bandar kangar.


Beberapa aspek kemajuan telah diperkenalkan di Negeri Kedah semasa

1.                   Pengenalan Mata wang berbentuk 8 segi yang diperbuat daripada campuran perak dan tembaga
2.                      Pengenalan undang-undang baru bagi Negeri Kedah yang dinamakan” Undang-Undang Kedah”  Mengandungi 16 perkara
3.                    Pembinaan tali air yang dikorek menggunkan tenaga manusia bermula dari tebing selatan sungai Perlis hingga ke Anank Bukit, diKedah.
4.                     Bermula hubungan luar Kedah dengan pihak berekuasa Bugis di Makasar disebelah Makam Al-Marhum Kayang Pertama ialah makam menantu baginda seorangPutera Raja Bugis bernama Juang Tawa





Makam Ar-Marhum Kayang Pertama


























No comments:

Post a Comment