Wednesday 27 March 2013

First Day Cover 2013 (26/03/13)

Keluaran : Perpaduan Nasional

Tarikh Keluaran: 26/03/13

Perpaduan Nasional bermaksud kerjasama dan muafakat dikalangan masyarakat majmuk Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi kepentingan bersama untuk membentuk negara yang aman, makmur dan sejahtera. Perkongsian pemikiran dan hati oleh semua rakyat Malaysia merupakan asas memajukan negara.

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah berkembang sehingga menjadi sebuah negara yang maju dan aman makmur disebabkan oleh semangat perpaduan semua lapisan rakyat Malaysia. Keluaran setem ini adalah untuk memperingati semua betapa pentingnya perpaduan nasional.

Terdapat banyak amalan nilai murni dan budi bahasa yang dapat menghasilkan keharmonian dan perpaduan nasional. 4 rekabentuk yang mengutarakan 4 nilai murni iaitu semangat kemasyarakatan, semangat kasih sayang, semangat kerjasama dan semangat keprihatinan.



FDC

FOLDER

No comments:

Post a Comment