Sunday 17 November 2013

Coca-Cola Minuman Paling Popular Di Dunia

Coca-cola merupakan minuman yang paling popular di dunia. Walau di mana sahaja anda berada coca-cola ada dijual.

 Sejarah

John S.Pamberton, pencipta coca-cola sendiri pada mulanya tidak memahami apakah bentuk minuman yang dibuatnya kira-kira ratusan tahun lalu. Beliau mulanya mencampurkan gula karbonat tulen bersama berbagai campuran perasa dan esen di dalam tiga buah tin di dapur rumahnya di Atlanta, USA, kemudian minuman yang dipanggil coca-cola pun terjadi.

Minuman ini menjadi popular sehingga menyebabkan En.Pamberton terpaksa bersaing rapat dengan syarikat2 lain yang juga membuat minuman yang sama. Beliau bimbang jika para pelanggannya beralih kepada syarikat2 itu. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membuat botol yang menarik yang boleh dikenali walaupun di dalam gelap. Pada tahun 1916 botol coca-cola yang klasik diperkenalkan.

Kejayaan yang dicapai oleh syarikat beliau juga melibatkan bersama bahagian pemasaran dan pengiklanan. Dalam tahun 1894 mereka memberi tawaran dan hadiah seperti kipas, pakaian, kalendar, kendi dan banyak lagi bagi menarik perhatian pelanggan untuk meminum coca-cola.

Menjelang tahun 1903, mereka berjaya mendapat keuntungan berlipat ganda apabila model wanita digunakan sebagai daya tarikan iaitu Lilian Nordice, bintang opera metropolitan telah menjadi model kepada kalender pertama percuma mereka.

Menjelang tahun 1970, mereka berjaya mencatatkan sejarah di televisyen menayangkan iklan coca-cola yang diminum oleh berbagai bangsa beserta nyanyian yang harmoni. Iklan ini berjaya memenangi award ketika itu.

Rentak lagu tersebut kemudiannya dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi British, "The New Seekers". Dari lagu iklan menjadi lagu pop yang popular dan mencatat sejarah penjualan rekod paling laris di banyak negara.


Lillian Nordice...Model Coca-Cola 1903

John S.Pamberton...pencipta Coca-Cola

No comments:

Post a Comment