1) Muzium
Kota Kayang Perlis
Terletak
bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai
dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia
yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang
mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan
bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota
Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan
salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika
bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.
Bayaran masuk adalah PERCUMA. Pelbagai
ilmu pengetahuan berkaitan sejarah yang dapat teman perolehi di sini. Kawasan muzium yang terletak di belakang bukit
ini sangat menarik dan mempunyai panorama hutan yang memberi ketenangan kepada
para pengunjung..rugi kalau kome tak datang disini..
Berlatarkan bukit di
belakang
Makam Ar-Marhum Kayang Pertama
Makam Marhum Kayang
Pertama
Al-Marhum Kayang
atau Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah ( 1661-1687) Sultan Kedah ke 15 yang
membangun Kota Indera Kayangan sebagai pesat pemerintahan Negeri Kedah.
BagindaMenggantikan Sultan Muhyiddin Syah atau Al-marhum Sena (1653-1661) yang
bersemayam di Kota Sena berhampiran bandar kangar.
Beberapa aspek
kemajuan telah diperkenalkan di Negeri Kedah semasa
1. Pengenalan Mata
wang berbentuk 8 segi yang diperbuat daripada campuran perak dan tembaga
2. Pengenalan undang-undang baru bagi Negeri Kedah yang dinamakan”
Undang-Undang Kedah” Mengandungi 16
perkara
3. Pembinaan tali air yang dikorek menggunkan tenaga manusia
bermula dari tebing selatan sungai Perlis hingga ke Anank Bukit, diKedah.
4. Bermula hubungan luar Kedah dengan pihak berekuasa Bugis di
Makasar disebelah Makam Al-Marhum
Kayang Pertama ialah makam menantu baginda seorangPutera Raja Bugis bernama
Juang Tawa
Makam Ar-Marhum Kayang Pertama
![]() |
No comments:
Post a Comment