Bunga Kemboja
Bunga
kemboja ( frangipani atau plumeria atau cempaka cina) selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan
di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Cempaka Kubur. Pada masa dulu pokok bunga kemboja ditanam di tanah perkuburan mungkin kerana
bau yang harum…tetapi kini pokok bunga kemboja ditanam di sekeliling rumah
serta sepanjang jalan-jalan kampung sebagai landskap. bunganya yang cantik dan berbagai warna menjadi ia sebagai daya tarikan yang menarik bagi
peminat-peminat bunga.
Pokoknya yang
tahan lasak serta bercabang dan
mampu hidup dengan lama sehingga ratusan tahun.
Pokok ini mampu tumbuh sehingga ketinggian 7-8 meter jika ia tidak
dicantas. Pelbagai jenis warna bunga
putih, kuning, merah, pink dan kombinasi antranya menjadi pokok kemboja
ini sangat menarik.
Jenis-jenis Pokok Kemboja
![]() |
Pink kaler |
![]() |
Merah Hati |
![]() |
Kuning |
![]() |
Oren |
![]() |
Putih |
Cara Pembiakan
Cara
pembiakannya juga mudah iaitu secara generatif dan vegetatif…
Secara Generatif ialah pembiakan melalui biji
benih. Pada suatu masa Pokok kemboja akan menghasilkan buah. Buah tersebut
adalah biji benih bagi pokok kemboja. Ia boleh disemai dengan mudah. Selain itu,
pembiakannya juga boleh dilakukan melalui keratan batang.
Secara Vegetatif bagi pokok kemboja adalah
melalui proses mengetut.
Disini
teman nak kongsi sikit cara mengetut pokok kemboja dengan betul….
Proses Mengetut
Kaedah
ini memiliki kelebihannya diantaranya tanaman memiliki sifat-sifat terbaik
induknya dan tanaman lebih cepat menghasilkan produk.
Peralatan
![]() |
Span tut harga dalam 50sen satu |
![]() |
Gunting,Pisau dan playar |
![]() |
Plastik dan tali |
Cara mengetut
![]() |
Rendam span tut dengan ayor selama 10 minit |
- Memilih ranting
Ranting
yang ditut haruslah sihat dan juga tidak dijangkit kulat ataupun serangga. Pastikan
ranting yang ditut usia dewasa dengan mempunyai tanda tidak hijau dan kelabu.
- Mengupas Kulit kayu
Hirisan
kayu dibuat secara melingkar. Ketika menghiris kulit kayu, pastikan tidak akan
melukai bahagian jaringan kayunya. Jarak
3-5 cm diantara kedua-dua hirisan. Kulit kayu dikupas dengan berhati-hati. Pengupasan kulit dilakukan untuk memutuskan
aliran zat makanan dari daun sehingga zat makanan akan memupuk dibahagian
hirisan atas dan merangsangkan pertumbuhan akar.
![]() |
Hiris kulit kayu |
![]() |
Kupas kulit dengan playar |
- Menggores kambium
Setelah
dibuat hirisan akan Nampak jaringan kayu dengan lapisan kambium di bahagian
luarnya dan ia perlu digores kalau tidak
proses mengetut tidak akan berjaya. Ia dilakukan dengan pisau yang bersih dan
tidak mencederakan jaringan kayu. Selepas itu biarkan ranting selama 2-3 hari
sebelum dibungkus.
![]() |
Gores kambium sehingga tinggalkan batang dibahagian dalam sahaja |
- Membungkus Bahan tut
Setelah 2-3 hari kulit kayu dikupas dan kambium digores, ranting tut dibungkuskan dengan tanah campuran. Ketika ini hormon atau penggalak akar ZPT boleh digunakan. (tidak wajib). Teman sendiri pun tak pernah guna…hehe
![]() |
Lekapkan span tut pada ranting tersebut |
![]() |
Balutkan dengan plastik |
- Mengikat tut
Plastik
diikat dibahagian atas dan bawah dengan tali .
![]() |
Ikat bungkusan plastik tadi dengan kemas |
Disini sahaja yang dapat teman kongsi bersama....harga dipasaran bagi pokok kemboja memang tinggi, ini adalah kerana proses pembiakan yang rumit bergantung jenis dan warna bunga....selamat mencuba kome...
No comments:
Post a Comment